Page Navibar

Tuesday, March 29, 2011

SPDP sokong calon BN di Bengoh

Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Bahagian Mambong akan turun padang untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Bengoh pada pilihan raya negeri akan datang.

Penyandang kerusi berkenaan Dr Jerip Susil dijangka akan dicalonkan semula bagi bertanding mempertahankan kerusi berkenaan dan beliau dijangka ditentang oleh dua calon parti pembangkang, iaitu Richard Peter dari Parti kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Willie Mongin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Ahli Majlis Tertinggi SPDP yang merangkap penyelaras SPDP Bahagian Mambong Kapten Zainuddin Tan Sri Hamdan Sirat berkata, semua ahli SPDP Mambong telah diarah untuk membantu bagi memastikan calon BN memenangi di kerusi Bengoh.

“Kita tidak kira siapa yang akan dicalonkan oleh BN di kerusi Bengoh kita akan tetap memberi sokongan.
“Itulah tujuan kita berada di kawasan Parlimen Mambong kerana kita mahu membantu rakan kita di dalam BN,” kata Kapten zainuddin.


Salah satu aktiviti yang diatur oleh SPDP Mambong bagi membantu BN di kawasan Bengoh ialah program “Bongkar Pentas Belia” yang telah diadakan pada Sabtu lalu di Kampung Peros, Krokong, Bau. Program tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.


Program "Bongkar Pentas Belia" SPDP Mambong berjaya

KIRA-KIRA 1,000 belia dan penduduk di sekitar kawasan Bau dan Penrissen hadir untuk memeriahkan Program ‘Bongkar Pentas Belia’ yang berlangsung di Kampung Peros, Krokong, Bau pada hujung minggu lalu.

Program tersebut adalah anjuran bersama SPDP Mambong dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Peros dengan kerjasama  Jabatan Belia dan Sukan.

Pelbagai aktiviti diadakan membabitkan penyertaan belia dan penduduk Kampung Peros dan kawasan sekitarnya, seperti sesi ‘berandau’, jualan makanan dan pelbagai produk pertanian dan kraf tangan. 

Turut diadakan ialah sukaneka dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Pusat Jalur Lebar Komuniti Krokong, Sarawak turut membuka kaunter perkhidmatannya bagi mendaftar ahli-ahli baru.

Pada sebelah malamnya pula telah diadakan persembahan pentas yang menampilkan tiga penyanyi Bidayuh, iaitu Anna Katie, Paul Kadun dan Eva Loging.


Majlis itu telah dirasmikan oleh Dr Jerip Susil,penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengoh.

Belia adalah harapan bangsa yang tidak seharusnya dipersia-siakan dan sebab itulah SPDP amat menghargai sumbangan belia. 


Turut hadir pada majlis itu ialah Kapten Zainuddin Tan 
Sri Hamdan Sirat selaku penyelaras SPDP Mambong, penghului Dihoi Nyaweng dan Penghulu Federick Kenek serta ketua kampung dari kampung-kampung berhampiran. 


Belia-belia yang hadir meminta supaya aktiviti seumpama itu lebih kerap diadakan kefana pada pendapat mereka ia boleh dijadikan forum untuk mereka berkumpul dan berinteraksi, di samping untuk berkenalan dan bertukar-tukar idea dan pandangan.