![]() |
Kapten Miron menyanyi sambil memetik gitar untuk menghibur tetamu. |
SPDP Mambong meneruskan aktivitinya walaupun selepas pilihan raya negeri dalam usahanya mendaftar lebih ramai belia untuk menjadi ahli parti itu.
Pada minggu lepas ahli-ahlinya turut menyokong dan menghadiri majlis makan malam untuk mengutip dana pembinaan bangunan gereja baru St Patrick Kampung Peros.
Turut hadir pada majlis itu ialah Penyelaras SPDP Mambong Kapten Zainuddin Tan Sri Hamdan Sirat dan timbalan beliau Kapten Miron Gangulay.
Sementara itu, pada Ahad lalu ahli-ahli SPDP Mambong turut sama-sama menjayakan temasya sukan Sekolah Rendah St Gregory Giam.
Selain turut menyertai acara terbuka untuk kaum ibu bapa, iaitu acara tarik tali, SPDP Mambong turut menyumbang untuk majlis makan tengah hari yang turut dihadiri oleh ibu bapa dan guru SRK St Gregory Giam.
![]() |
Penghulu Dihoi, penyokong kuat SPDP. |
![]() |
Marian Eva penyanyi berbakat menghiburkan para tetamu. |
![]() |
Kapten Zainuddin (dua kanan) dan kapten Miron (kiri) pada majlis kutipan dana Gereja St Patrick Peros. |