Page Navibar

Saturday, June 4, 2011

Penyelaras SPDP Mambong dan setiausaha bahagian itu Sebastian Sakoi baru-baru ini turut mengunjungi rumah terbuka Hari Gawai Presiden SPDP Datuk Seri William Mawan Ikom.Gambar menunjukkan Datuk Seri Mawa n bersama tetamu beliau yang termasuk Timbalan Presiden Datuk Peter Nyarok dan Bendahari Agung
Tan Seri Tiong King Sing.

Malam Amal Resdemop ditunda kepada 30 Julai 2011

Malam Amal anjuran Kelab Resdemop yang pada awalnya dijadualkan pada 1 Julai telah ditunda kepada 30 Julai 2011 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Majlis itu akan berlangsung di Dewan Masyarakat Kota Padawan (Batu 10).

Tiket untuk meja makan bagi majlis makan malam itu sudah mulai dijual kepada orang ramai.

Orang ramai yang berhajat untuk membeli tiket meja makanan boleh menghubungi Encik Sabastian Sakoi di talian 013 - 8420927, (Encik Benjamin 016 - 8924598) dan (Encik Sunil 017 - 8597049).

Tujuan diadakabn majlis adalah bagi mengumpul dana untuk mengisi Tabung Kebajikan Resdemop bagi membantu golongan yang memerlukan.

Sehubungan itu, orang ramai dirayu untuk sama-sama menyokong usaha murni ini dalam meringankan beban dan kesusahan golongan yang kurang bernasib baik.

Bagi memeriahkan majlis itu akan diadakan pelbagai acara hiburan termasuk persembahan nyanyaian daripada penyanyi-penyanyi tempatan (Bidayuh) dan usaha sedang dilakjukan untuk membawa juara Pilih Kasih2 Livonia Ricky.

Pada tahun lepas RESDEMOP turut mengadakan majlis serupa untuk membantu membina sebuah frumah baru untuk keluarga seorang ibu tunggal di Kampung Garung, Jalan Puncak Borneo, mangsa kebakaran di Kampung Punau dan seorang warga tua cacat di Kampung Peros, Bau dan mangsa kebakaran sebuah rumah panjang di Pakan.

Majlis pada 130 Julai akan dirasmiukan oleh Presiden SPDP Tan Sri William Mawan dan beberapa orang kenamaan lain akan turut dijemput hadir.

RESDEMOP adalah sebuah kelab kebajikan yang ditubuhkan oleh SPDP Bahagian Mambong.

Sokong jangan tak sokong kerana kegiatan murni ini pastinya akan meringkan masalah yang dihadapi keluarga atau individu yang dalam kesusahan atau kurang mampu.