Page Navibar

Wednesday, April 20, 2011

SPDP Mambong turut membantu kempen calon BN Dr Jerip Susil

Anggota jentera kempen BN bagi kerusi N16 Bengoh. Turut kelihatan Timbalan Penyelaras SPDP Mambong Kapten Miron (duduk dua dari kiri) serta beberapa ahli SPDP Mambong. 
Kapten Zainuddin (tiga dari kiri), Kapten Miron (dua dari kiri),
Ketua Kampung  Peros (kiri sekali) dan Penghulu Dihoi  
semasa Majlis Bersama Dr Jerip di Kampung Peros.














Walaupun berusia hanya setahun jagung SPDP Mambong di bawah pimpinan Kapten Zainuddin Bin Tan Sri Hamdan Sirat, telah mendapat kepercayaan daripada calon Barisan Nasional (BN) di kerusi N16 Bengoh Dr Jerip Susil untuk membantu beliau dalam kempen pilihan rayanya dari 6 hingga 16 April 2011.


Semasa ceramah kempen di Kampung Bratan.
Perjumpaan ahli-ahli SPDP di Kampung Semadang.
Timbalan Ketua Penyelaras SPDP Mambong, Kapten Miron Gangulay turut diberi kepercayaan sebagai Penolong Pengarah Operasi Kempen BN N16 Bengoh.


Kapten Miron bermesra bersama-sama ahli SPDP di Kampung 
Semadang.
Sikap keterbukaan Dr Jerip untuk bekerjasama dengan semua parti komponen BN ternyata berbaloi apabila beliau menang dengan majoriti besar, iaitu lebih 3,000 undi majoriti pada pilihan raya negeri kali ini.


Kemenangan beliau itu dibantu oleh jentera pilihan raya kesemua parti komponen BN termasuk SPDP. Kapen Zainuddin awal-awal lagi telah mengerahkan semua ahli SPDP Mambong supaya turun membantu Dr Jerip berkempen.


Selain menyertai kempen yang dilakukan oleh rombongan Dr Jerip dan Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Dr James Dawos, SPDP Mambong turut mengadakan kempennya sendiri bagi membantu kemenangan Dr Jerip.


Semasa kempen berkenaan, ahli-ahli SPDP Mambong dan ahli-ahli parti lain dan para pengundi keseluruhannya diseru supaya memberi kemenangan kepada Dr Jerip.


Pemimpin-pemimpin SPDP Mambong juga turut memainkan peranan untuk mengajak ahli-ahli serta penyokong-penyokong parti pembangkang, khususnya dari PKR dan SNAP supaya menyokong Dr Jerip Susil.


Sesungguhnya, kehadiran SPDP di kawasan Parlimen Mambong yang merangkumi kerusi DUN Bengoh dan Tarat memberi impak yang positif kepada BN.


Ternyata kehadiran SPDP di kawasan Parlimen Mambong telah berjaya menarik keluar ahli-ahli parti pembangkang bagi menyertai parti itu.


Tahniah kepada Dr Jerip atas kemenangan dengan undi majoroti yang cukup memberangsangkan. Harapan SPDP Mambong Dr Jerip akan dilantik sebagai menteri dalam Kabinet Negeri agar beliau dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik dan membawa lebih banyak pembangunan ke kawasan DUN Bengoh.