Page Navibar

Saturday, January 29, 2011

SPDP Mambong hulur bantuan kepada mangsa kebakaran Rumah Likik, Pakan



Rombongan SPDP Mambong yang diketuai Kapten Zainuddin baru-baru ini telah menghantar bantuan pakaian kepada mangsa kebakaran di Rumah  Likik, Nanga Dandi, Sungai Pedanum, kira-kira 10 kilometer dari Pekan Pakan dalam Bahagian Sarikei.
"Bantuan yang kita hulurkan diharap dapat membantu meringankan kesulitan yang sedang dilalui mangsa,” kata Kapten Zainuddin.
Katanya, pihaknya tersentuh dengan nasib yang menimpa penduduk rumah panjang terbabit dan segera menggesa ahli-ahli SPDP Mambong untuk mendermakan pakaian untuk mangsa kebakaran terbabit.
Sementara itu Tuai Rumah Likik mengucapkan terima kasih ke atas sumbangan yang dihulurkan SPDP Mambong kepada mereka.
“Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu semuanya musnah dalam masa tidak sampai 10 minit sahaja.
“Tiada harta-benda yang dapat boleh selamatkan, malah ketika pasukan bomba dan penyelamat sampai seluruh rumah panjang ini sudah ranap,” kata tuai rumah Likik Ak. Gawong, 39.