Page Navibar

Wednesday, February 2, 2011

Resdemop hulur bantuan kepada keluarga kebakaran di Kampung Punau

Kapten Zainuddin (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan
wang tunai kepada Puan Mary.

Kelab Rekreasi SPDP Mambong (Resdemop) turut menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa kejadian kebakaran di Kampung Punau, Jalan Puncak Borneo pada 31 Disember lalu.
Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Perhubungan SPDP Bahagian Kuching yang juga pengerusi Resdemop Kapten Zainuddin Tan Sri Hamdan Sirat kepada mangsa, Puan Mary Dasi.
Zainuddin ketika menyerahkan derma berkenaan berkata, walaupun jumlahnya tidak banyak tetapi berharap dapat membantu untuk meringankan beban keluarga berkenaan.