Page Navibar

Wednesday, March 30, 2011

Wakil SPDP Mambong dijemput sebagai pemerhati ke AGM SPDP

Kapten Zainuddin (lima dari kiri) bersama-sama dengan
ahli-ahli SPDP Mambong ketika menghadiri AGM
SPDP di Bintulu.
PEMIMPIN serta beberapa ahli SPDP Bahagian Mambong dengan diketuai penyalaras bahagian itu Kapten Zainuddin Tan Sri Hamdan Sirat telah dijemput sebagai pemerhati ke Mesyuarat Agung Tahunan SPDP yang berlangsung di Bintulu pada 26 dan 27 Februari 2011.

Kapten Zainuddin yang merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) SPDP Pusat menghadiri mesyuarat tersebut sebagai salah seorang delegasi.

Semasa menghadiri AGM itu, ahli-ahli SPDP sempat bersua kenal dengan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli SPDP dari bahagian lain.
Ahli-ahli Exco Pergerakan Puteri SPDP bersama Kapten Zainuddin (berdiri) semasa majlis makan makam di Pakan.

Sebelum itu, pada 24 Februari 2011 rombongan SPDP Mambong turut menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan SPDP Bahagian Pakan di Pekan Pakan.