
Program tersebut adalah anjuran bersama SPDP Mambong dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Peros dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan.
Pelbagai aktiviti diadakan membabitkan penyertaan belia dan penduduk Kampung Peros dan kawasan sekitarnya, seperti sesi ‘berandau’, jualan makanan dan pelbagai produk pertanian dan kraf tangan.

Pusat Jalur Lebar Komuniti Krokong, Sarawak turut membuka kaunter perkhidmatannya bagi mendaftar ahli-ahli baru.
Pada sebelah malamnya pula telah diadakan persembahan pentas yang menampilkan tiga penyanyi Bidayuh, iaitu Anna Katie, Paul Kadun dan Eva Loging.
Majlis itu telah dirasmikan oleh Dr Jerip Susil,penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengoh.
Majlis itu telah dirasmikan oleh Dr Jerip Susil,penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengoh.

Turut hadir pada majlis itu ialah Kapten Zainuddin Tan
Sri Hamdan Sirat selaku penyelaras SPDP Mambong, penghului Dihoi Nyaweng dan Penghulu Federick Kenek serta ketua kampung dari kampung-kampung berhampiran.
Belia-belia yang hadir meminta supaya aktiviti seumpama itu lebih kerap diadakan kefana pada pendapat mereka ia boleh dijadikan forum untuk mereka berkumpul dan berinteraksi, di samping untuk berkenalan dan bertukar-tukar idea dan pandangan.
