Page Navibar

Tuesday, March 29, 2011

SPDP sokong calon BN di Bengoh

Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Bahagian Mambong akan turun padang untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Bengoh pada pilihan raya negeri akan datang.

Penyandang kerusi berkenaan Dr Jerip Susil dijangka akan dicalonkan semula bagi bertanding mempertahankan kerusi berkenaan dan beliau dijangka ditentang oleh dua calon parti pembangkang, iaitu Richard Peter dari Parti kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Willie Mongin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Ahli Majlis Tertinggi SPDP yang merangkap penyelaras SPDP Bahagian Mambong Kapten Zainuddin Tan Sri Hamdan Sirat berkata, semua ahli SPDP Mambong telah diarah untuk membantu bagi memastikan calon BN memenangi di kerusi Bengoh.

“Kita tidak kira siapa yang akan dicalonkan oleh BN di kerusi Bengoh kita akan tetap memberi sokongan.
“Itulah tujuan kita berada di kawasan Parlimen Mambong kerana kita mahu membantu rakan kita di dalam BN,” kata Kapten zainuddin.


Salah satu aktiviti yang diatur oleh SPDP Mambong bagi membantu BN di kawasan Bengoh ialah program “Bongkar Pentas Belia” yang telah diadakan pada Sabtu lalu di Kampung Peros, Krokong, Bau. Program tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.