Page Navibar

Monday, January 31, 2011

Resdemop sumbang pakaian kepada mangsa kebakaran


Kelab Rekreasi Parti Demokratik Progresif Sarawak cawangan Mambong (Resdemop) turut menyumbang kepada  mangsa kebakaran di Rumah Likik Gawong di Pakan.
Resdemop yang diketuai pengerusinya Kapten Zainuddin Tan Sri Hamdan Sirat baru-baru ini mengumpul dan membungkus 27 beg pakaian sumbangan ahli-ahlinya untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa kebakaran berkenaan.
Pakaian berkenaan akan dihantar ke rumah panjang berkenaan pada Sabtu ini oleh Kapten Zainuddin sendiri serta beberapa ahli Resdemop.
Rumah panjang 24 pintu itu musnah dalam kebakaran pada 30 Disember lalu menyebabkan 145 penduduknya tingal sehelai sepinggang.